Hati-Hati Semua, Taufan Dijangka Badai Malaysia Malam Ini
Izwan Isa
17/10/2022 08:04 MYT
17/10/2022 08:04 MYT
Orang awam diminta berjaga-jaga apabila Ribut Tropika Kuat Nesat yang kini berada di kedudukan 19.7°U 117.2°T di barat laut Filipina dijangka bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan yang mampu menyebabkan angin kencang, seterusnya meningkat ke tahap taufan menjelang malam nanti.
Amaran tersebut dikeluarkan oleh MET Malaysia. Sehubungan itu, MET Malaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap waspada untuk negeri Sarawak, Sabah dan WP Labuan sehingga esok, 18 Oktober 2022.
Dalam masa sama, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori Pertama telah dikeluarkan pada 9:50 malam, 15 Oktober 2022 lalu dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 km/jam dan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di kawasan perairan Laut China Selatan khususnya di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Labuan. dalam tempoh 18 Oktober 2022 sehingga 20 Oktober 2022.
Menurut MET Malaysia, orang awam yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Maklumat cuaca terkini bole diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bag sebarang pertanyaan lanjut.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!