Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Hati-Hati...Penggunaan 'Hand Sanitizer' Terlalu Kerap Mampu Tingkat Risiko Jangkitan COVID-19

Asraf Aided 28/02/2020 | 03:32 MYT
Penggunaan cecair pembasmi kuman atau lebih dikenali sebagai 'hand sanitizer' yang terlalu kerap boleh meningkatkan risiko jangkitan COVID-19.
Memetik laporan Mirror UK, jurucakap syarikat Kao Corporation memaklumkan penggunaan 'sanitizer' yang berasaskan alkohol akan menghilangkan flora bakteria normal yang sedia ada pada kulit tangan.
"Sudah tentu kita perlu kerap membasuh tangan dan menggunakan 'sanitizer' berasaskan alkohol untuk mengelakkan jangkitan, tetapi jika ia memudaratkan jika terlalu kerap digunakan.
"Kulit yang kering dan rosak akan menerima jangkitan bakteria dan meningkatkan risiko virus masuk ke dalam badan melalui luka pada kulit," jelasnya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, 'sanitizer' selalunya mengandungi 60 hingga 95% kandungan alkohol yang mampu membasmi bakteria dan virus pada tangan.
Untuk perkembangan kes terbaru berkaitan COVID-19 di Malaysia, jumlah kes keseluruhan telah mencecah 23 orang, 22 orang daripadanya telahpun sembuh dan dikeluarkan dari Hospital.

#repost @kementeriankesihatanmalaysia ・・・ Satu kes baru dicatatkan semalam, menjadikan kes keseluruhan positif COVID-19 di Malaysia adalah 23. Kes terbaru ini melibatkan seorang wanita berusia 53 tahun dan merupakan warganegara Malaysia. Beliau ada sejarah mengunjungi negara yang dijangkiti COVID-19 iaitu Jepun. Dalam perkembangan lain, 2 kes positif jangkitan COVID-19 sebelum ini telah pulih sepenuhnya. Mereka adalah kes ke-16 dan kes ke-22. Dengan ini, 22 dari 23 kes positif COVID-19 di Malaysia telah pulih dan dibenarkan pulang, manakala satu lagi sedang dirawat.

A post shared by KKMM (@kkmm_gov) on

/>
#COVID-19
;