Laman Utama

“Hauk Tak Hauk Ni Lah Yang Pakai Dah Dua Tahun!” - Isu Mask SIRIM, Jovian Mandagie Dikecam Netizen

gempak
Mya Amri
10/04/2022
04:44 MYT
Sponsor Banner
“Hauk Tak Hauk Ni Lah Yang Pakai Dah Dua Tahun!” - Isu Mask SIRIM, Jovian Mandagie Dikecam Netizen
Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie dikecam netizen selepas kenyataannya berkaitan dengan isu pelitup muka perlu perakuan SIRIM tular.
Menerusi tinjauan di media sosial, rata-ratanya panas hati dengan kenyataan Jovian yang dianggap sebagai mementingkan diri sendiri memandangkan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri itu juga merupakan seorang usahawan.
Netizen juga berpendapat Jovian seharusnya memikirkan tentang banyak perkara sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan termasuklah golongan yang kurang berkemampuan kerana kos untuk membeli pelitup muka tersebut pastinya agak mahal.
Terdahulu, kenyataan Jovian menggunakan perkataan hauk dan dalam masa sama mempromosikan pelitup muka jenamanya yang bakal memperolehi cop SIRIM mengundang rasa kurang senang netizen.
Terbaharu, Pewartaan Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan yang dikuatkuasa pada 4 Julai depan ditangguhkan kepada 1 Januari tahun hadapan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi juga berkata, penagguhan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas dari umum.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live