Jika sebelum ini, Havoc Event & Management Sdn Bhd tampil dengan acara hiburan yang 'bikin pecah', namun tahun ini, menerusi Havoc Food Festival, memperkenalkan konsep baharu menerusi Islamik Street Food Fest 2023

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd., Faizul Mohd Yusof, selain menjadi karnival membantu usahawan dan artis dalam sektor makanan dan minuman, visi kali ini juga membuka minda masyarakat untuk mendidik jiwa.

"Visi kami adalah untuk menjadi karnival pilihan usahawan dan artis dalam sektor makanan dan minuman yang dapat membantu menaikkan ekonomi serta dapat menyediakan aktiviti kekeluargaan dalam masa yang sama dapat membantu menaikkan sektor pelancongan di Malaysia," ujar

“Alhamdulillah, pada 2 hingga 5 Mac 2023 lalu, Havoc 9.0 telah berlangsung di Dataran Karnival Stadium Shah Alam dan telah memecahkan rekod karnival sebelum ini. Kami menerima kunjungan dari 150,000 pengunjung yang hadir. Malah pada Havoc 9.0 kita sudah memulakan program Islamik dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan," katanya.

A post shared by ????? ???? ???????? (@havocfoodfestival)


Pada tahun 2020, Havoc memperkenalkan Havoc Food Festival kepada Tourism Malaysia dalam mempromosikan program Cuti-Cuti Malaysia iaitu “Year Visit Malaysia”. Secara tidak langsung program itu telah mendapat sambutan seratus ribu orang pada jelajah Havoc 2.0 di Kuantan Pahang.

Jenama HAVOC lebih dikenali sebagai sebuah festival makanan yang telah menjelajah diseluruh semenanjung Malaysia bermula di Shah Alam Selangor, Kuantan Pahang, Johor Bahru, MITC Melaka dan Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Bermulanya dari awal HAVOC 1.0, pihak pengurusan tertinggi syarikat terus mengorak langkah bergerak maju kehadapan dengan meletakkan jenama HAVOC ini sebagai jenama rasmi muka hadapan bagi memastikan ia terus kekal berdaya saing serta mendapat tempat dihati pengunjung dan penggemar makanan dan minuman di seluruh Malaysia.

Havoc Street Food Festival 2023 akan berlangsung pada 1 hingga 5 Jun di Dataran Serambi Teruntum Kuantan mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Manakala lokasi-lokasi selanjutnya untuk tahun ini, HAVOC akan mengunjungi Kuantan, Kedah, Terengganu, Melaka, Johor dan kembali ke Shah Alam.



Bagi membentuk kelainan dan menambah nilai bagi acara HAVOC pada tahun ini, Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) membawakan Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023 dalam siri Havoc Festival.

Antara program yang akan dilaksanakan di bawah program tersebut adalah Program Imu ‘Allah Tak Pernah Benci Kita’ yang akan berlangsung pada 2 Jun 2023, pukul 9 malam di Dataran Serambi Teruntum Kuantan.

Acara ini adakan dikendalikan oleh Syahdu Syahdan selaku moderator dan dilengkap dengan PU Amin dan Da’I Izhar selaku panel.

Manakala untuk malam kedua iaitu 3 Jun 2023, pukul 9 malam di lokasi yang sama akan diadakan Malam Berselawat & Qasidah Perdana dengan penampilan khas Habib Nael Bentaher, Habib Mahdi Alhamid, Syeikh Mahmoud Wasobi dan kumpulam Inteam.
Hadirin dijemput hadir, masuk adalah percuma dan tempau duduk disediakan. Namun dinasihati untuk membawa tikar sendiri.

Menariknya, Cabutan Xtravaganza akan diadakan dan pemenang bertuah akan memenangi Hadiah Utama berbentuk sebuah kereta Perodua Bezza dan motosikal Yamaha RX-Z selain hadiah-hadiah yang lain.