Walaupun drama hit Nusyuz Berkiblat Cinta telah pun melabuhkan tirainya minggu lalu namun masih lagi menjadi bualan netizen.

Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan pengakhiran drama tersebut kerana Hawa tidak menerima balasan setimpal.

Malah netizen juga mencadangkan agar Nusyuz Berkiblat Cinta mempunyai musim kedua kerana mahukan keadilan untuk Adam.

Bagaimanapun menerusi Instagram BamBam Studios, pihak mereka memberi cadangan untuk mendedahkan skrip asal drama berkenaan.

“Cik Bam dengar ramai yang luahkan rasa tak puas hari dengan episod akhir #NusyuzBerkiblatCinta. Korang nak tak kalau Cik Bam belanja skrip asal drama ni?

“Kalau nak apa lagi, komen ‘Saya Nak’ atau DM Cik Bam sekarang,” maklum akaun tersebut.

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata penonton bersetuju dan mahu melihat skrip asal itu.

Jadi kepada anda yang ingin mengetahui kejadian sebenar yang berlaku, boleh sertai servey @bambam_studios.