HIBURAN
Hawa Rizwana Nafi Sedang Dalam Fasa Bahagia - "Setakat Ni Belum Ada Lelaki Istimewa Dalam Hidup"
Pengacara Hawa Rizwana menepis dakwaan bahawa dia sedang menikmati fasa bahagia bersama seseorang.
Menurut Hawa, 30, buat masa ini tiada individu spesifik yang berjaya menambat hatinya dan dia lebih selesa untuk berkawan dengan semua orang.
"Siapa? Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membawa hubungan dengan mana-mana lelaki ke tahap yang lebih serius.
"Saya hanya berkawan dengan semua orang. Setakat ini belum ada lelaki yang istimewa dalam hidup saya," katanya kepada Gempak.
Bagi Hawa, fokus utamanya kini adalah kerjaya dan bukan soal cinta, lebih-lebih lagi selepas mula menguruskan perniagaan sendiri.
"Bagi saya sekarang masa yang sangat mencabar. Saya sekarang sibuk sebab baru buka perniagaan sendiri.
"Jadi, nak fokus pada hubungan istimewa itu susah dan belum ada yang boleh terima perkara itu.
"Apa-apa pun saya terbuka untuk berkenalan dengan sesiapa, harapnya ada calon sesuai buat saya nanti," ujarnya.