HIBURAN
Hawa Rizwana Pelik Tiada Lelaki Mahu Dekatinya - “Saya Tak Garang Pun…”
Pengacara dan penyampai radio, Hawa Rizwana mengakui bahawa kesibukan kerja menjadi antara faktor utama dirinya sukar untuk mengenali lelaki secara lebih mendalam.
Menurut Hawa atau Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 30, ada pihak yang menyifatkannya sebagai wanita yang sukar didekati.
“Baru-baru ini saya kerap dengar mungkin lelaki takut nak dekat dengan saya. Hairan juga sebab saya tak garang pun, mungkin faktor kesibukan menyebabkan apa-apa hubungan ‘kawan’ tidak boleh diteruskan.
“Sebab saya akan balas mesej lambat, hidup saya bekerja sahaja. Jika balik sudah penat saya akan tidur dan masa turut menjadi punca,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Hawa atau Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 30, turut berkongsi kriteria lelaki idaman yang diimpikannya.
Kata Hawa, dia sangat gembira jika dapat berjumpa dengan lelaki yang mempunyai minat yang sama sepertinya.
“Saya banyak bersukan. Seronok kalau jumpa seseorang yang boleh diajak menyelam, panjat gunung, naik basikal sama-sama.
“Selain itu boleh terima saya seadanya, bonus kalau dia comel. Saya masih berkawan, cuma tiada lagi yang boleh dibawa untuk dikenalkan kepada ibu ayah. Jika sudah jumpa baru boleh dianggap serius,” tambahnya.
Hawa ditemui Gempak selepas selesai Konsert MeleTOP TVS di Miri, baru-baru ini.
Dalam soal mencari pasangan hidup, Hawa mengakui sentiasa memegang nasihat dan didikan kedua ibu bapanya yang telah mendidiknya dengan penuh disiplin sejak kecil.
“Saya sedih pula bila bercakap tentang kni sebab kedua orang tua saya sudah menjaga saya sangat baik sejak kecil.
“Banyak pantang larang, dulu bersukan pun tak boleh. Waktu muda ada juga rasa protes tapi jika tidak kerana didikan mereka mungkin saya sudah jadi lebih teruk hari ini.
“Ibu kata, dia sudah jaga saya elok dan mahu saya mencari seorang lelaki yang bagus.
“Sementara ayah pesan carilah pasangan yang boleh dianggap sebagai kawan rapat,” katanya.