Hawa Rizwana 'Takut' Nak Cari Pasangan, Dedah Pernah Dirisik 5 Tahun Lepas - "Dia Terus Jumpa Mak Ayah ..."
Amri Hassan
04/12/2022 03:50 MYT
04/12/2022 03:50 MYT
Pengacara MeleTOP, Hawa Rizwana mendedahkan dirinya pernah dirisik keluarga kenalan lelakinya sekitar lima tahun lalu.
Ketika itu, Hawa, 27, baru saja menceburkan diri dalam bidang penyiaran dan terpaksa menolak secara baik demi memberikan fokus kepada karier.
"Sebenarnya beberapa tahun sebelum ini ada kenalan keluarga pernah bertanya, nak diperkenalkan kepada anak mereka, cuma belum masanya. Dia terus berjumpa dengan mak ayah saya.
"Soal jodoh saya belum terfikir. Buat masa ini saya tiada calon, kalau setakat berkawan memang ramai tetapi untuk dijadikan pasangan saya agak memilih," ujarnya kepada Gempak.
Hawa yang ditemui pada majlis pelancaran Rizman Ruzaini Flagship Store di Shoppes at Fous Seasons Place, Kuala Lumpur masih tetap dengan pendirian untuk tidak terlalu memikirkan soal jodoh ketika ini.
Sekali gus memberikan gambaran dirinya masih solo dan sedang mencari jejaka yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup.
"Saya mahukan lelaki yang penyabar tapi as long we perfect for each other, saya pun tak kisah kalau pasangan saya itu orang industri juga.
"Bagi saya perkara ini yang kita perlu tapis. Kita sendiri ada kekurangan, jadi cari yang boleh lengkapi kita. Kiranya saling melengkapi antara satu sama lain.
"Paling utama biar jodoh itu datang sendiri, selain dapat restu mak ayah," tambahnya yang baru bergraduasi Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) minggu lalu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!