Hawa Rizwana Tamat Master, Ramai Puji – “Dahlah Cantik, Pandai Pula Tu”

Mya Amri
Mac 12, 2021 12:25 MYT
Pengacara dan pembaca berita, Hawa Rizwana berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana.
Berita gembira itu dikongsi Hawa menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Bukan itu sahaja, Hawa juga berjaya menamakan pengajiannya dengan keputusan cemerlang.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur kerana berpeluang menamatkan pengajian Sarjana dalam masa empat semester sebagai pelajar sambilan dan bekerja dalam masa yang sama.
“Terima kasih atas sokongan keluarga, pensyarah dan rakan-rakan yang tidak berkesudahan,” kongsinya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah selain memuji dirinya.
Hawa sebelum ini pernah menjadi tular kerana memiliki wajah persis pelakon, Neelofa.
#Master #Hawa Rizwana #Pengajian Sarjana