,
Laman Utama

“Hayder Dah Jadi Abang!” - Eyra Hazali Umum Hamil Anak Kedua, Reaksi Suami Cukup ‘Priceless’

Azwa Rahman
04/01/2022
01:19 MYT
Pelakon Eyra Hazali mengumumkan dirinya hamil anak kedua dalam sebuah video di laman sosial.
Menerusi laman sosial Instagram, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 22, berkongsi video memberi kejutan buat suaminya, penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli tentang berita baik itu.
“Alhamdulillah, 4 months left. Doakan kami semua sihat ya,” tulis Eyra ringkas di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi hampir tiga minit itu, Eyra memberikan sebuah kotak hadiah buat anak sulung, Hayder dan suaminya.
Di bawah hadiah anak, Eyra meletakkan alat ujian kehamilan yang tertera perkataan ‘pregnant’ yang ternyata membuatkan Haziq tersenyum gembira.
Berita gembira itu turut dikongsi bersama ahli keluarga Haziq menerusi panggilan video.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat Eyra dan Haziq di atas berita kehamilan tersebut.
Tidak kurang juga ramai yang tepat meneka Eyra kini berbadan dua menerusi foto-foto terkini yang dikongsi di media sosial.
“Dah lama perasan dan exactly true! Yay tahniah,” komen seorang wargamaya.
“Waa congrats kak Eyra. Hayder dah nak jadi abang!” ucap seorang wargamaya.
“Wow tahniah kak Eyra. Semoga kak Eyra, abang Haziq, baby Hayder dan new baby sihat selalu,” kata seorang wargamaya.
“Kenapa aku nangis ni aish! Tahniah dah buat saya nangis hahaha tahniah Eyra,” usik seorang wargamaya.
“Dah dapat agak sebab badan Eyra macam lain. Btw, congrats,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah mendapat hampir 160,000 tontonan daripada pengikutnya.
Sekadar info, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.
Pasangan itu dikurniakan anak sulung lelaki, Muhammad Hayder Qhalish pada 15 Ogos 2020 di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Baby Tak Sabar Nak Tengok Dunia” - Eyra Hazali Selamat Bersalin Anak Ketiga

gempak
27/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Eyra Hazali mengucapkan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan pada malam Khamis.
Hiburan

Suami Eyra Hazali Sedih, Impian Nak Anak Kembar Tak Kesampaian - “Dia Mengharapkan Juga Dari Anak Pertama Tapi…”

gempak
30/05/2024
06:55 MYT
Rezeki yang tidak disangka apabila pelakon Eyra Hazali dimaklumkan dirinya hamil bayi kembar ketika membuat ultra bunyi di sebuah hospital.
Hiburan

Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”

gempak
23/04/2024
05:40 MYT
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Hiburan

“Tak Ajak Wife Sekali Ke Makan Makan?” - Ramai Setuju Bila Eyra Hazali Persoal Kenyataan Ruhainies, Aliff Aziz

gempak
15/03/2024
06:55 MYT
Netizen setuju dengan Eyra Hazali.
Laman Utama

Ibu Selalu Pesan: “Nak Buat Perangai… Fikirlah Nama Ayah” - Eyra Hazali Sentiasa Pegang Nasihat Orang Tua

gempak
09/01/2023
03:43 MYT
Sentiasa ingat pesan ibu dan ayah.
Unitar