Hiburan

Hazama & Darmas Dapat Idea Buat Lagu Raya Lepas Baca Whatsapp Rindu Seorang Ibu Kepada Anaknya

gempak
Fiza Kamarudin
13/05/2020
07:00 MYT
Sponsor Banner
Hazama & Darmas Dapat Idea Buat Lagu Raya Lepas Baca Whatsapp Rindu Seorang Ibu Kepada Anaknya
Penyanyi Hazama buat pertama kalinya berkolaborasi bersama sebuah band pop etnik, Darmas, menerusi lagu Ceritera Seorang Perindu.
Menariknya, idea di dalam pembikinan lagu tersebut tercetus daripada ‘Whatsapp’ mesej seorang ibu terhadap anak-anaknya, kemudian diterjemahkan kepada sebuah lagu.
Dengan bait-bait lirik yang menyentuh hati, lagu ini ternyata menzahirkan emosi kerinduan yang sedang dihadapi oleh setiap rakyat Malaysia.
Tambahan lagi tahun ini, rakyat Malaysia menyambut Ramadan dalam keadaan berbeza iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Tiada lagi bazar Ramadan, Tarawih di masjid, atau berbuka puasa bersama rakan dan juga keluarga.
“Kerinduan terhadap sahabat handai dan ahli keluarga terutamanya terus memuncak di musim ini. Apatah lagi kita sudah pasti tidak boleh pulang ke kampung untuk meraikan Hari Raya bersama keluarga.
“Walau apa pun Ceritera Sorang Perindu ingin menyampaikan mesej yang positif supaya kita semua tetap bersama meraikan kehidupan walau dalam apa jua keadaan,” kata Hazama.
Tambah Hazama lagi, bersempena dengan pelancaran lagu tersebut kempen #kitarindukita turut dilancarkan.
“Tujuan kempen #kitarindukita adalah untuk mengajak para peminat dan pendengar berkongsi di media sosial kenangan mereka menyambut perayaan bersama keluarga semasa zaman kanak-kanak disamping meraikan Aidilfitri yang luar biasa tahun ini,” ujarnya.
Ceritera Sorang Perindu secara eksklusif boleh distrim di JOOX.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live