"He Looks Like A Really Nice Guy" - Nur Fazura Doakan Hubungan Fasha Sandha & Aidil Aziz

Kamaruddin Razal
Julai 23, 2018 00:47 MYT
Aktres jelita, Nur Fazura mendoakan hubungan antara sahabatnya, pelakon cantik Fasha Sandha dengan dramatis kacak Aidil Aziz.
"He looks like a really nice guy dear. If he makes you happy I doakan," tulis Fazura.
Pelakon filem Manisnya Cinta di Cappadocia itu meninggalkan kata-kata tersebut di ruangan komen salah sebuah entri Instagram milik Fasha.
Membalas kata-kata Fazura, Fasha meluahkan rasa syukur dan berterima kasih.
"@missfazura he is a nice guy. Alhamdulillah. Thanks love," balas Fasha.
BACA: "Sejak Jadi Ibu Tunggal Ni, Fazura Tak Pernah Lupa Hantar Baju Raya" - Fasha Sandha
Sebelum ini, Aidil dan Fasha didakwa menjalin hubungan cinta sebagai sepasang kekasih.
BACA: Video Peluk & Cium Aidil Aziz Tersebar, Fasha Sandha Kunci Mulut
BACA: “Kami Sedang Bersalaman” - Fasha Sandha Jawab Isu Video ‘Mesra’ Bersama Aidil Aziz
BACA: "Doa Yang Baik-Baik" - Aidil Aziz Beri Bayangan Hubungan Sebenar Dengan Fasha Sandha?
Enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Aidil dan Fasha mengklasifikasikan hubungan mereka sebagai teman rapat.
Teks: Kamaruddin Razal
#Fasha Sandha #Aidil Aziz #Nur Fazura