Anggota kumpulan K-Pop terkenal BIGBANG, T.O.P kini kembali aktif menggunakan Instagram selepas setahun tidak memuat naik sebarang foto di laman sosial itu.

Untuk posting pertama selepas kembali aktif, T.O.P telah memuat naik gambar lukisan diikuti dengan gambar bersama pelukisnya, Mark Grotjahn dari Amerika Syarikat untuk entri seterusnya.

View this post on Instagram

A post shared by T.O.P (@choi_seung_hyun_tttop) on

Tidak terhenti di situ, T.O.P. juga memuat naik pula foto peti aisnya yang dipenuhi dengan kotak ais krim bagaimanapun foto tersebut telah dipadamkan tidak lama kemudian.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa gembira melihat idola kesayangan mereka kembali aktif di media social.

Terdahulu, T.O.P menyepi daripada media sosial selepas posting terakhirnya mengenai artikel daripada Billboard mengenai Big Bang pada April 2017.

Dia kemudiannya menyertai latihan tentera sebelum terlibat dalam skandal penyalahgunaan dadah jenis marijuana.

Kes yang dibawa ke itu mahkamah menyaksikan T.O.P. mengaku bersalah atas semua pertuduhan ke atasnya.

Dia kemudiannya diletakkan dibawah pemerhatian selama dua tahun dan akan dikenakan penjara 10 bulan sekiranya gagal mematuhi syarat pemerhatian itu.

Sumber: Soompi/Allkpop