Filem Chomel yang baru saja ditayangkan minggu lalu turut menampilkan ramai pelakon daripada pelbagai generasi.

Ada pelakon berpengalaman, namun tidak kurang juga yang baru menapak dalam industri perfileman.

Antara yang menarik perhatian ramai sudah tentunya finalis Hero Remaja 2020, Aniq Suhair.

Menerusi filem Chomel, Aniq membawa watak Zain iaitu seorang pemuda yang menjadi idaman gadis-gadis di sekolahnya.

Zain juga menjadi idaman Diva Girlz iaitu sekumpulan gadis yang sering membuli Mimi.

Sejauh mana hebatnya lakonan Aniq dalam filem, anda haruslah tonton Chomel yang telah pun mula ditayangkan.

Namun, menerusi pemantauan Gempak di platform Twitter, ramai yang memuji lakonan Aniq yang sangat bersahaja.

Tidak kurang juga yang memuji wajah tampannya dalam filem ini.

He is so cute, watak Zain sangat sesuai”.

“Aniq dan Zain macam banyak persamaan.”

“Aku tengok banyak kali sebab Aniq je,” tulis beberapa netizen.

A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr)

Apapun jangan lupa saksikan filem Chomel yang telah pun berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Sekadar info, kisah Chomel bermula apabila seorang kanak-kanak perempuan bernama Mimi berasa kesunyian setelah pemergian ibunya dan keluarganya berpecah-belah.

Mimi tekad untuk menjadi kawan kepada ‘Diva Girlz’ untuk mengisi kesunyiannya, namun gagal. Keadaan berubah apabila Mimi berjumpa Chomel.

Mimi merasakan satu peluang atau jalan untuk dia dapat berkawan dengan Diva Girlz.

Keadaan menjadi rumit apabila ayah Mimi sering kali didesak oleh nenek Mimi (ibu mertua) menuntut hak penjagaan terhadap Mimi dan kakaknya, Nora, disebabkan nenek Mimi merasakan ayahnya tidak mampu menyara masa depan mereka.

Kehadiran si Chomel memberikan harapan Mimi bergelut cuba memperbaiki keadaan keluarga mereka.

Chomel mempertaruhkan gandingan pelakon hebat seperti Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22 iatu Zahiril Adzim, Azizah Mahzan bersama pelakon muda Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah, Aniq Suhair.

Selain itu turut menampilkan penampilan istimewa, Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim, Gavin Yap dan penyampai radio di Era, Zahier Yusoff.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.