MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2019
Heart & Wasap Tersingkir, Ini Markah Penuh Minggu Ketujuh Muzikal Lawak Superstar
Minggu ketujuh Muzikal Lawak Superstar (MLS) yang bertemakan stadium menyaksikan hanya enam kumpulan berjaya mara ke minggu seterusnya, Jumaat depan.
Minggu ini menyaksikan kumpulan UNI menduduki tempat pertama dengan peratusan markah sebanyak 55.90%.
Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi kumpulan HEART apabila diumumkan sebagai bintang yang tersingkir dengan jumlah peratusan markah sebanyak 29.23% manakala WASAP, 31.94%.
Kesemua bintang diadili 50% daripada juri tetap, Altimet, Nora Danish dan Datuk Awie manakala 50% lagi adalah undian.
Di sini Gempak senaraikan markah penuh yang diperolehi oleh sembilan bintang mengikut susunan paling tinggi.
1. UNI: 55.90%
2. BOTAK: 52.29%
3. JBORN: 51.40%
4. VOICES: 46.46%
5. NEWBOH: 40.29%
6. TITANS: 39.16%
7. WASAP: 31.94%
8.HEART: 29.23%
Sementara itu, UNI yang dianggotai oleh Fad, Atu dan Fakhrul dipilih sebagai penerima Superstar of The Week.
MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
1. Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
2. Taip MLS NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com
Must-Watch Video