Pernah terfikir untuk hasilkan powerbank sendiri? Nampak seperti mustahil bukan?

Namun, itulah yang dibuktikan oleh seorang murid sekolah berusia 14 tahun apabila berjaya menghasilkan powerbank sendiri.

Menerusi Twitter, Aoisora berkongsi kisah adiknya yang menghadiahkannya sebuah powerbank buatan sendiri.

Semuanya gara-gara pemuda itu mengadu menangguhkan pembelian powerbank sementara menunggu waktu gaji.

"Aku cakap kat adik aku nak beli powerbank tapi belum gaji. Lihatlah apa yang dihasilkan, powerbank 'handmade'.

"Bersyukur aku dapat adik macam dia, nanti aku belanja dia makan," katanya.

Jelas Aoisora, walaupun rupa luaran powerbank itu tidak begitu sempurna, namun usaha adiknya amat dihargai.

"Pada yang tertanya boleh ke cas, inilah hasilnya adik saya cipta semalam. Adik saya kata dia akan improve lagi powerbank ni," katanya di posting berkenaan.

Sehingga kini posting di Twitter Aoisora 6,500 kali dan menerima 5,400 likes.

Rata-rata netizen memuji usaha serta kreativiti pemuda terbabit selain turut menasihatkannnya untuk belajar bersungguh-sungguh memperkembangkan bakatnya.

Anda boleh lihat reaksi dan pujian netizen di bawah: