Skip to main content

Trend Pasaran

Hebat Cik B, COD Pun Naik Lamborghini! Siapalah Pelanggan Bertuah Tu Ya

cikb.jpg
Anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B membuat kejutan apabila menghantar barangan produknya menggunakan kereta mewah model Lamborghini.
 
Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 14, mempamerkan skil memandunya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagramnya.
 
Menurut Cik B, barangan itu akan dihantar kepada pelanggannya yang bertuah.
 
"Nak COD (Cash On Delivery) ni, kalau nak tahu siapa orang yang bertuah ni, jom ikut Cik B," katanya.
 
Menjengah ke ruang komen rata-rata netizen dilihat amat mengagumi kereta mewah dipandu usahawan muda itu.
 
Kebanyakkannya mereka merasakan Cik B sangat bertuah kerana berpeluang memandu Lamborghini di usia muda.
 
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempersoalkan kelayakkan Cik B memandu memandangkan dia masih berusia 14 tahun dan tidak mempunyai lesen.
 

 

 
 

Must-Watch Video

Advertisement