Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Hebat Dalam Air Pakai Stoking” - Penampilan Zizi Kirana Jaga Aurat Ketika Berbulan Madu Terima Pujian Netizen

Azwa Rahman 05/12/2021 | 08:01 MYT
Pasangan selebriti suami isteri Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana menarik perhatian wargamaya apabila sedang menikmati percutian pra-bulan madu di Semporna, Sabah.
Menerusi laman sosial Instagram, kedua pasangan tersebut berkongsi foto dan video kembara romantis mereka untuk tatapan umum.
Pre-honeymoon with my lovely wife @zizi_kirana. Banyak lagi pulau yang kami tak sempat nak pergi sebab tak cukup masa kena balik sebab kerja. Insya-Allah next trip, Pulau Mabul!” tulis Yusuf di ruangan kapsyen video.

A post shared by Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin)

Namun di sebalik perkongsian tersebut, mata wargamaya lebih terarah pada penampilan Zizi yang sopan menutup aurat walaupun melakukan aktiviti di tepi pantai dan tengah lautan.
Tidak hanya itu, penampilan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 36, yang mengenakan stoking kaki dengan jubah beserta tudung labuh itu turut mendapat pujian ramai.
Rata-rata wargamaya suka melihat perubahan Zizi dan turut sama memuji Yusuf, 29, kerana pandai menjaga isterinya.
“Subhanallah, hebat Zizi jaga aurat kaki. Dalam air pun pakai sock. Tak ramai boleh buat macam ni. Semoga istiqamah. Doakan saya juga ya,” komen seorang wargamaya.
“Sweetnya, bersemut tengok video ni tetiba teringat saat honeymoon. Apa pun hebat Zizi jaga aurat, dalam air pun pakai stoking. Ramai tak dapat buat termasuk saya yang dah lama bertudung,” puji seorang wargamaya.
“Semoga hijrah dalam peliharaan Allah,” doa seorang wargamaya.
“Allahuakbar Zizi, kagum betul dengan perubahan Zizi,” ujar seorang wargamaya.
“Subhanallah, comel isteri. Sejuk mata memandang,” tulis seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, bagusnya Zizi tudung labuh. Semoga istiqamah, amin,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 350,000 tontonan daripada pengikutnya.
Sekadar info, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu selepas berkenalan selama dua bulan ketika bersama-sama terlibat dalam program All Together Now Malaysia.
Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.
#Bulan Madu #Zizi Kirana #Yusuf Bahrin #Semporna Sabah
;