Filem terbaru arahan Kabir Bhatia, Sangkar telah mendapat kutipan sebanyak RM7.2 juta selepas sepuluh hari ditayangkan di pawagam.

Berita gembira itu dikongsi oleh Astro Shaw menerusi sebuah entri di akaun Instagram mereka.

"Filem wajib tonton Malaysia yang penuh dengan pelbagai perasaan.

"Sangkar berjaya mengutip RM7.2 juta dalam masa 10 hari tayangan," tulis pengendali akaun sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut gembira dengan khabar tersebut, kebanyakkan mereka mengucapkan tahniah dan merasakan Sangkar sepatutnya menjadi filem pecah panggung tahun ini.

"Filem ini memang patut pecah panggung tahun ini, memang gempak.

"Rasanya boleh kejar Polis Evo 2.

"Wow bagusnya, Sangkar kutip banyak lagi.

"Tahniah!," tulis netizen.

Filem wajib tonton Malaysia yang penuh dengan pelbagai perasaan. SANGKAR berjaya mengutip RM7.2 JUTA dalam masa 10 HARI TAYANGAN. Tonton SANGKAR sebuah filem wajib tonton arahan Kabir Bhatia yang menampilkan barisan pelakon seperti Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Ray Era, James McSweeney dan ramai lagi. SANGKAR KINI DI PAWAGAM! #SangkarMovie @zul_ariffin @remyishak @raydapdap @mfmirafilzah @kabirbhatia_022 @fadlanhazim @niezamzaidi @nikadammika @andytehkh @carliffridzwancarleel @mcsweeneymma @amanracom @sangkarmovie —— The must see Malaysian movie that is full of heart, Sangkar has raked in RM7.2 million in just 10 days! Catch Malaysia’s Must Watch Movie “Sangkar”, directed by Kabir Bhatia starring Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Ray Era, James McSweeney and many others. SANGKAR NOW IN CINEMAS NEAR YOU #SangkarMovie @zul_ariffin @remyishak @raydapdap @mfmirafilzah @kabirbhatia_022 @fadlanhazim @niezamzaidi @nikadammika @andytehkh @carliffridzwancarleel @mcsweeneymma @amanracom @sangkarmovie

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura.