SUKAN

“Hebat! Memang Luar Biasa” - PM Puji kejayaan Natasha Roslan Lakar Sejarah Jadi Pemain Boling Wanita Pertama Negara Juarai Piala Dunia

Mya Amri 11/01/2025 | 14:53 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas kejayaan atlet boling wanita negara, Natasha Roslan yang merangkul kejuaraan pada Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong.

PM ucap tahniah lakar sejarah Menerusi perkongsian Anwar di Instagram rasmi, beliau menyifatkan kejayaan Natasha sebagai luar biasa selepas menjadi atlet boling wanita pertama negara yang merangkul kejuaraan tersebut.
Untuk info, Natasha menamatkan kemarau 53 tahun negara tanpa kejuaraan kategori individu wanita di Kejohanan Piala Dunia 2025 bagi acara berkenaan sejak dipertandingkan pada 1972.
Kejayaan itu juga sekaligus menjadi koleksi gelaran dunia ketiga buat Natasha selepas mengungguli Kejohanan Tenpin Boling Dunia 2023 di Salmiya, Kuwait dan menjuarai kejohanan sama dalam acara berpasukan wanita bersama Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Datuk Shalin Zulkifli pada edisi 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
#Sukan #Perdana Menteri #Datuk Seri Anwar Ibrahim #PM #Anwar Ibrahim #Boling #Natasha Roslan