Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
GAYA HIDUP

Hebat! RM1.18 Juta Pada Hari Pertama, BoBoiBoy Movie 2 Capai Kutipan Tertinggi Filem Animasi Tempatan

Hanafis Haris 09/08/2019 | 08:56 MYT
Ternyata BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) merupakan filem animasi paling ditunggu-tunggu rakyat Malaysia apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.18 juta di hari pembukaan tayangan, bermula semalam.
Astro Shaw menerusi satu kenyataan menyifatkan kutipan pembukaan tersebut sebagai yang tertinggi buat filem animasi tempatan.
"Alhamdulillah, hasil sokongan anda semua BBBM2 telah meraih kutipan mencecah RM1.18 juta di hari pembukaan tayangan.
"Terima kasih mereka pada sokongan penonton yang dah menonton di hari pertama. Cuti sekolah dah mula, dapatkan tiket ya! BBBM2 kini di pawagam," katanya.
Tidak cukup dengan itu, BBBM2 turut 'memanjat' carta Top 10 Movies @ GSC di kedudukan pertama selepas sehari ditayangkan.
Kedudukan ini sekali gus meninggalkan filem Blockbuster Hollywood, Fast & Furious: Hobbs & Shaw di kedudukan kedua.
Untuk pengetahuan anda, Filem BBBM2 kali ini berkisarkan kewujudan makhluk bernama Retak'ka yang mendakwa dia adalah pengguna asal kuasa elemental kepunyaan BoBoiBoy.
Enggan mengaku kalah, Retak'ka membuat keputusan untuk memburu BoBoiBoy.
Bagaimana BoBoiBoy berdepan dengan Retak'ka? Anda kenalah tonton sendiri dan dapatkan tiket sekarang!
BACA: [Review] Goosebumps & Ketawa Non Stop...BoBoiBoy Movie 2, Animasi Paling Power Setakat Ini!
#BoBoiBoy #BBBM2 #BoBoiBoy2