Filem arahan Haji Zil, Seandainya Kau Ada telah menjengah pawagam di rumah anda menerusi Astro First (saluran 480) sejak 29 April lalu.

Melihat pada reaksi penonton, filem ini amat digemari dari segi jalan penceritaan dan sinematografinya.

Tidak hairanlah ia bertahan buat kali keenam dalam carta Top 5 filem yang paling banyak ditonton di Astro First hingga hari ini.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Seandainya Kau Ada dibintangi oleh Raysha Rizrose, Fendy Bakry, Aidit Noh, Ruhainies, Fauziah Nawi, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Penceritaan filem ini memaparkan pengorbanan disulami elemen cinta berkonsepkan Islamik.

Jangan lupa saksikannya menerusi Astro First (saluran 480), dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang.

Ia juga boleh distrim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.