Gaya Hidup
Hebatnya…100 Gambar Mowgli Malaysia Bakal Dipamerkan Di New Zealand!
Koleksi gambar ‘Mowgli Malaysia’ atau Muhammad Syukor Khamis, 14 bersama kerbau peliharaannya terus mengukir sejarah apabila dipamerkan di Wellington, New Zealand, bulan hadapan.
Bukan satu, bukan dua tetapi 100 koleksi gambar jurugambar, Abdullah Deen Mohd Zain, 44, yang merakamkan aksi Muhammad Syukur akan dipamerkan.
Berita gembira itu turut dikongsi oleh Abdullah menerusi satu posting di Instagramnya.
Menurut Abdullah, dia akan ke Wellington New Zealand pada 9 September ini untuk Mowgli Malaysia Photographic Exhibition bersama 100 koleksi karya berkaitan Syukor Khamis.
Menurutnya, kesemua gambar itu hasil fotografinya selama 5 tahun sejak 2015.
“Terima Kasih buat Malaysia High Commission New Zealand dan Ekta New Zealand Inc atas jemputan dan tajaan ini.
“Terima Kasih jua buat Motac dan JKKN atas pelepasan yangg diberikan untuk saya ke sana. Jutaan terima kasih buat seluruh rakyat Malaysia yang banyak menyokong karya saya selama ini.
“Mohon jua doa dari semua agar segalanya berjalan lancar dan selamat,” katanya.
Terdahulu, gambar Syukor turut meraih pencapaian membanggakan apabila terpilih dipamerkan di galeri di Rome, Itali serta beberapa negara sekitar Eropah tidak lama lagi.
Must-Watch Video