Mungkin berita salah seorang anggota Super Junior, Heechul berkahwin akan membuat peminat wanitanya patah hati.

Tapi tunggu dulu. Mungkin berita dia memilih untuk berkahwin dengan diri sendiri ini lebih membuat hati peminat remuk berderai dan berharap ia hanya sebuah khabar angin.

Namun, berita Heechul berkahwin dengan diri sendiri adalah sahih selepas bintang K Pop itu muncul dalam majlis perkahwinan ringkas yang menampilkan diri sebagai penganti lelaki serta pengantin perempuan!

Majlis perkahwinan Heechul, 40, ditayangkan dalam eposiod terkini My Little Old Boy yang ditayangkan pada hujung minggu lalu.

Dia dilihat memakai tuxedo berwarna merah, membaca ikrar perkahwinan lalu berkahwin dengan diri sendiri.

“Pertama, saya akan memperkenalkan kalian kepada pengantin wanitanya. Pengantin lelaki pada hari ini adalah Kim Heechul dan pengantin wanita juga Kim Heechul, yang sangat sangat saya cintai," ujarnya seperti dilaporkan Koreaboo.

Pada laporan sama, Heechul mengatakan tidak pernah menentang institusi perkahwinan namun buat dirinya dia lebih mahu mencintai dirinya sendiri berbanding orang lain.

Malah dia juga menjawab persoalan ibunya yang sangat terkejut menerusi tindakan dia berkahwin dengan diri sendiri.

Dia mengatakan idea berkahwin dengan diri sendiri timbul sewaktu berusia 20-an selepas bertanya mengapa tidak boleh mencium diri sendiri misalnya.

“Saya tidak menentang perkahwinan. Tapi saya selalu berfikir adakah saya layak mencintai seorang wanita?

“Bukankah saya lebih layak mencintai diri sendiri?

“Perkahwinan ini adalah perkara yang paling saya inginkan dalam hidup,” katanya.