Hiburan

Heechul Super Junior Trauma Diserbu Peminat Fanatik Ketika Buang Air Kecil

gempak
Mya Amri
24/11/2016
12:30 MYT
Sponsor Banner
Heechul Super Junior Trauma Diserbu Peminat Fanatik Ketika Buang Air Kecil
Anggota kumpulan Super Junior, Kim Heechul akui masih trauma ekoran kejadian diserbu peminat fanatik ketika sedang membuang air kecil di sebuah tandas.
Perkara itu didedahkan oleh Heechul ketika diundang menjadi tetamu untuk program bula bicara Taxi baru-baru ini.
Menurut Heechul, dia tidak dapat melupakan pengalaman buruk itu dan menyifatkan sasaeng (gelaran peminat fanatik) bukan peminat sebenar.
“Saya tidak akan melabelkan sasaeng sebagai peminat kerana bagi saya mereka bukanlah peminat sebenar.
“Bila teringatkan perkara itu memang membuatkan saya trauma, sehingga kini saya akan periksa betul-betul dan pastikan pintu bilik air saya berkunci selain hanya akan menggunakan tandas duduk,
“Tidak cukup dengan itu, mereka juga pernah membuat cubaan untuk memasuki rumah saya secara senyap-senyap,” katanya.
Olahan: Mya Amri
Sumber: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live