,
Laman Utama

​Hefny Kongsi Pengalaman Raya Seorang Diri, Beli Makanan Seperti Masakan Ibu Untuk Ubat Rindu

Asraf Aided
20/05/2021
11:40 MYT
Penyampai radio SINAR, Hefny Sahad berkongsi pengalaman menyambut Syawal tahun ini tanpa kehadiran keluarga di sisi.
Menurut Hefny, dia akui agak sedih kerana beraya seorang diri, namun semua orang harus mematuhi peraturan dan saranan kerajaan demi mengekang penularan wabak COVID-19.
Apapun, Hefny percaya, di saat sukar seperti sekarang, kita harus mengambil kesempatan untuk sentiasa menghubungi keluarga dan bertanya kabar sanak saudara.
"Rasa macam tak berayalah jawabnya, tapi itulah, nak buat macam mana, kita perlu ikut saranan Kerajaan dan semoga semuanya kembali seperti biasa, Insya-Allah.
"Memang rasa sedih sebab raya berseorangan, tetapi, walaupun berseorangan, panggilan telefon dan video dapatlah juga mengubat hati yang rindu pada keluarga.
"Banyak momen sambutan Aidilfitri yang saya rindu bersama keluarga, meriahnya bila di pagi Raya, semua ahli keluarga dapat berkumpul ditambah pula dengan kehadiran saudara mara yang membuatkan suasana lebih meriah.
"Apapun, pada masa seperti sekarang inilah kita harus menghubungi mereka dan bertanya kabar," katanya.
Tambah Hefny, untuk mengekalkan kemeriahan Aidilfitri, dia memesan pelbagai juadah raya yang selalu dimasak oleh ibunya.
"Untuk kekalkan kemeriahan Raya, saya beli segala juadah yang selalu dimasak oleh ibu saya sebagai pengubat rindu.
"Selain itu, saya pasang lampu Raya untuk naikkan lagi suasana itu, tak elok pula kalau bersedih di Hari Raya," katanya lagi.
Bercakap tentang jadual kerja di musim lebaran, Hefny akui agak sibuk sebelum menjelang Raya pertama.
"Raya tahun ini saya agak sibuk, ditambah pula dengan PKP yang membataskan pergerakan, saya bekerja semula pada pagi Raya ketiga," katanya.
Anda boleh mendengarkan Hefny dalam segmen Duo SINAR, jam 3 petang hingga 7 malam.
Apapun, jangan lupa dengarkan SINAR menerusi frekuensi 96.7FM bagi Lembah Klang.
Untuk mengetahui frekuensi kawasan dan negeri lain, dapatkan info lengkap di sinar.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Cipta Kelainan Dari Biasa, Penyampai Radio ERA FM Turun Padang Lakukan Siaran Langsung Menerusi Trak Berkaca

gempak
16/11/2024
15:25 MYT
ERA, stesen radio nombor 1 paling legit di Malaysia, sekali lagi mencipta kelainan dengan meraikan kejayaan mereka menerusi acara unik bersiaran secara langsung menggunakan trak berkaca.
Hiburan

Buat Isteri Menangis, Fizi Ali Titip Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Perkahwinan Yang Pertama - “Ingat Lagi Dulu Awak Janji Akan…”

gempak
23/10/2024
00:50 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali mencuri tumpuan apabila membuat ucapan manis kepada isteri tercinta, Siti Zulaikha.
Hiburan

KJ Raih Anugerah Penyampai Radio Popular - “Do Your Best, Allah Will Do The Rest”

gempak
11/10/2024
15:40 MYT
Menepati ramalan netizen, ahli politik dan penyampai radio, Khairy Jamaluddin berjaya meraih anugerah Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36).
Hiburan

Jual Tudung Di Sosial Media, Feeya Iskandar Sebak Bila Netizen Tanya Fasal Gaji Penyampai Radio - “Saja Nak Suruh Kita Menangis…”

gempak
06/10/2024
12:55 MYT
Gara-gara aktif menjual tudung di laman sosial sejak kebelakangan ini, netizen mula bertanyakan Feeya Iskandar mengenai gaji yang diterima setiap bulan sebagai penyampai radio.
Hiburan

Linda Onn Beri Nasihat, Penyampai Radio Harus Jaga Etika Bahasa

gempak
14/09/2024
14:55 MYT
Penyampai radio terkenal era 2000-an, Linda Onn, mengakui kurang setuju dengan pendekatan penyampai radio zaman sekarang.
Unitar