Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Helikopter Agusta A109 LOH Mendarat Cemas, Ini Fakta Insiden Yang Perlu Anda Tahu

Gempak
28/06/2024 12:13 MYT
Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan sebuah helikopter M81-11 (Agusta A109 LOH) melakukan pendaratan cemas di Landasan Terbang Kluang, Kem Mahkota Kluang, Johor, awal pagi tadi.

BERITA TRENDING:Hilang Tanpa Khabar & Pelanggaran Dua Pesawat… Ini 5 Insiden Paling Tragis Dalam Sejarah Penerbangan!

TDM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kejadian berlaku ketika sesi latihan penerbangan membabitkan tiga anak kapal yang dikenal pasti mengalami kecederaan.

"TDM mengesahkan sebuah pesawat M81-11 (Agusta L109H) melakukan pendaratan kecemasan di mana kejadian berlaku ketika sesi Latihan Penerbangan Malam, Kursus Army Aviation Basic Officer Course di Landasan Terbang Kluang, Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (Rej 881 PUTD), Kem Mahkota Kluang, Johor jam 1.35 pagi hari ini.

"Insiden ini melibatkan tiga anak kapal, terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster," katanya.

BERITA TRENDING:Gara-Gara Kegagalan Enjin, Pesawat Ringan Terpaksa Lakukan Pendaratan Kecemasan

Tiada Kemalangan Jiwa

Menurut TDM, kesemua krew yang terbabit dalam insiden itu dalam keadaan sedar. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan awal mengesan beberapa kecederaan dialami pegawai dan dua lagi anggota iaitu patah tulang belakang dan luka di beberapa bahagian anggota badan.

"Kesemua anak kapal dalam keadaan stabil dan sudah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor bagi rawatan lanjut.

"Tindakan TDM adalah 'Henti Terbang Sementara' (temporary grounded) bagi helikopter berkenaan," katanya.

BERITA TRENDING:Alami Penurunan Altitud Mendadak, Pesawat Korean Air Terpaksa Berpatah Balik

Pada masa sama, TDM memberitahu proses ratifikasi dan pemeriksaan akan dilakukan bagi mengembalikan status terbang pesawat dengan segera.

BERITA TRENDING:Akibat Masalah Enjin, Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Cemas Di Hyderabad

Selain itu TDM dalam kenyataannya, turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu dengan Lembaga Siasatan akan bersidang bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sumber: Berita Harian
#Viral #Trending #Tentera #Berita #Pesawat #Helikopter #Insiden #Kecemasan #Kapal Terbang #TDM
;