Heliza, Hazwani Kongsi Pengalaman Di Gaza: “Ada Kanak-Kanak Tiada Muka Tapi Masih Hidup”
Maliah Surip
01/11/2023 08:55 MYT
01/11/2023 08:55 MYT
Dikenali sebagai pasangan adik-beradik yang cukup aktif dengan misi kemanusiaan di negara bergolak, Heliza dan Hazwani Helmi berkongsi pengalaman menghulurkan bantuan di Gaza, Palestin.
Sudah tiga kali dapat menjejakkan kaki ke Gaza sekaligus menghulurkan bantuan kemanusiaan, Heliza menceritakan penderitaan penduduk tempatan yang saban hari dibedil bom dan bermandi darah.
“Saya pertama kali ke Gaza pada tahun 2012 dan sudah tiga kali ke sana. Jika bercerita mengenai Palestin, perasaan penat akan terasa apabila mengenang kesengsaraan mereka.
“Saya ingat ada sekumpulan kanak-kanak sedang minum air namun dibedil bom sehingga ada yang kehilangan muka, kaki dan tangan tetapi masih hidup.
“Di hospital pula tiada bius, bayangkan macam mana,” cerita Heliza sewaktu menjadi tetamu di program Gempak Most Wanted.
Heliza bagaimanapun mengaku tidak akan pernah serik ke Gaza kerana penduduk Palestin menyifatkan Malaysia sebagai hero mereka.
“Orang Gaza sendiri kata Malaysia hero kami kerana banyak menghulurkan bantuan,” tambah Heliza.
Hazwani kemudian berkongsi kekangan untuk masuk ke Gaza kerana peperangan yang meletus namun sebaik berada di dalam negara tersebut, seluruh kepenatan hilang.
“Sebenarnya proses atau checkpoint yang perlu dilalui agak banyak. Kami bersama NGO lain perlu tunggu sehingga berbelas jam untuk melepasi pintu Rafah masuk ke Gaza.
“Tapi apabila sudah berjaya masuk, semua kepenatan hilang. Apa lagi kerana kami disambut baik rakyat Gaza yang mengatakan welcome home kepada kami (rakyat Malaysia),” katanya.
Kedua beradik ini juga mengaku berbanding mengambil pekerjaan komersial, mereka yang terkenal dengan julukan The Helmis ini akan mendahulukan misi kemanusiaan.
“Jika ada kerja datang sama waktu dengan misi kemanusiaan, kami pilih misi kemanusiaan,” kata Heliza.
Meski semangat mereka membara, Hazwani mengaku niat perlu betul sebelum melakukan misi kemanusiaan.
“Misi kemanusiaan ini sebenarnya kena bersedia daripada segi mental dan fizikal.
“Kami pernah tidak mandi 10 hari dan tidur bersama lipas, untuk Muslim saya rasa kalau sebelum pergi niat kita sudah salah, kita akan rasa penat dan mungkin akan give up,” kata Hazwani.