Heliza Helmi Dah Kahwin, Ramai Ucap Tahniah - “Bagusnya Kak Ja, Know-Know Nikah”
Mya Amri
01/01/2022 04:52 MYT
01/01/2022 04:52 MYT
Pembukaan tahun baru yang indah apabila penyanyi Heliza Helmi kini bergelar isteri.
Walaupun tidak memuat naik sebarang perkembangan mengenai perkahwinannya namun video pendek yang dikongsi oleh akaun Instagram @ziha_ramli mula mendapat perhatian ramai.
“Barakallahu fik akak ja @nurhelizahelmi @mahadibz” tulisnya.
Video itu merakamkan Heliza yang memakai busana putih sedang duduk sambil menunggu majlis nikah dilangsungkan.
Dalam pada itu, satu posting di akaun Facebook yang dikongsi oleh Dr Mohd Izhar Ariff juga turut mengucapkan tahniah kepada mempelai.
“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan debgan izin Allah.
“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian... Maaf tak dalat hadir hari ini kerana berada di kuar kawasan... Esok kita jumpa ye…” coretnya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Heliza selain terkejut dengan berita gembira itu.
Terdahulu, Heliza pernah menjelaskan tidak timbul rasa tertekan untuk mendirikan rumah tangga biarpun semakin meningkat usia.
Heliza berkata, keutamaan diletakkan kepada keluarga dan misi kemanusiaannya.
Tahniah Heliza, semoga bahagia hingga ke Jannah. Amin.