Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Hello, Aku Bukannya Nak Makan Sangat Pun B*bi Tu” - Terjamah Sandwich Ada Pork Belly, Norreen Bengang Orang Tanya Sedap Ke Tak

Izwan Isa
15/12/2021 23:50 MYT
Ketibaan selebriti media sosial dan pelakon, Norreen Iman ke London, United Kingdom disambut dengan insiden yang tidak diingini apabila wanita itu dengan secara tidak sengaja menjamah sandwich yang mengandungi ‘pork belly’ atau perut babi.

Menerusi hantaran-hantaran yang dikongsikan menerusi Instagram Story, Norreen memberitahu yang dia membeli sandwich berkenaan kerana tidak tahu kandungan sandwich berkenaan ada unsur tidak halal.

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)


“Aku beli ni nampak kat situ tulis ham ke apa. Hari pertama saya berada di UK saya termakan babi. Pengajarannya sebelum makan kita tanya orang dulu dan baca di belakang,” katanya.

Kelihatan turut sama mengikuti Norreen ke London pelakon Janna Nick dan penyanyi Andi Bernadee.

Dalam pada itu, Norreen turut menyelar beberapa individu yang bertanya di ruangan DM di Instagram bagaimana rasa apabila termakan daging haiwan tersebut.

“Semalam termakan babi. Hari ni aku rasa macam nak samak lidah aku berkali-kali tahu tak. Malam tadi dah berus gigi beriya, hari ni kena buat benda yang sama ni. Korang boleh lagi tanya, macam eh rasa babi tu sedap tak? Hello, aku bukannya nak makan sangat pun babi tu. Aku rasa macam sakit hati.

“Duk semua DM, tapikan alang-alang dah termakan tu nak tahu jugak sedap tak rasa dia. Aku sepak muka kau nanti sampai muka kau jadi babi tau.

“Boleh pulak semalam tersangkut-sangkut kat gigi aku. Aku macam nak jumpa doktor gigi terus bersihkan gigi aku yang penuh dengan BLT, babi lemak tepi. Inilah caranya mungkin nak samak sekiranya kau termakan babi di London,” katanya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikutnya menasihati Norreen supaya lebih berhati-hati dalam memilih makanan yang halal ketika berada di sana.

Ada juga yang memberi cadangan supaya membeli makanan di kedai arab.
#London #Babi #Sandwich #Noreen
;