Ramai sudah tahu pelakon dan pengacara, Scha Alyahya selamat melahirkan bayi perempuan pada 12 Februari lalu.

Namun, sudah tentu anda masih belum tahu nama adik kepada Lara Alana ini.

Itulah yang akan didedahkan secara eksklusif dalam Schawal Baby Boom 2021 jam 9.30 malam ini!

Ya! Segala teki teki mengenai nama anak kedua mereka itu pastinya akan terjawab beberapa jam sahaja lagi.

Dengar kata, disebabkan hal memilih nama baby girl itu, Awal sampai tak tidur malam! Berdasarkan hint yang ada setakat ini, nama anak kedua mereka itu juga bermula dengan huruf 'L' sebagaimana Lara Alana.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Adakah mereka masih memilih nama pangkal yang sama untuk anak kedua itu? Semuanya akan terjawab dalam Schawal Baby Boom 2021, 9.30 malam ini di Astro Ria (124) dan Ria HD (104).

Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012. Anak pertama mereka, Lara Alana kini berusia tujuh tahun.