Hello Calon SPM, Ini 5 Selebriti Yang Peroleh Keputusan Cemerlang! Inspirasi Betul!
Bermula Isnin depan, kesemua pelajar tingkatan lima bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam situasi pandemik yang sedang melanda ketika ini, pastinya pelajar dalam keadaan tertekan.
Bagi mengurangkan tekanan tersebut disamping menyuntik semangat kepada calon, Gempak senaraikan lima selebriti yang mempunyai keputusan SPM cemerlang.
Ada yang anda pasti tidak percaya!
#1 Janna Nick (SPM 2013)
Pelakon yang sedang ‘meledak’ dengan drama Marry Me Senorita ini antara artis yang cemerlang dalam SPM
Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah itu memperoleh 6A dan 2B dalam peperiksaan tersebut.
Keputusan: 6A, 2B
#2 Neelofa (SPM 2006)
Noor Neelofa Mohd Noor, 32, atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.
Neelofa membuktikan cantik itu juga harus disulami dengan kecerdikan apabila dia memperoleh 10 A dalam SPM 2006.
Difahamkan juga, Neelofa turut mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR (5A) dan PMR (8A).
Keputusan: 10A
3) Mira Filzah (SPM 2010)
Seorang lagi selebriti berwajah manis yang memperoleh keputusan cemerlang!
Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 27, memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam SPM sekitar 2010.
Keputusan: 8A
4) Ezlisa Loy (SPM 2013)
Pelakon, Ezlisa Loy atau nama sebenarnya Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri merupakan penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On (2).
Ezlisa memperoleh A dalam pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam dan Sejarah.
Subjek biologi dan kimia pula Ezlisa memperoleh B
Keputusan: 7A, 2B
5) Najwa Latif (SPM 2012)
Najwa Latif merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Johor.
Penyanyi Cinta Muka Buku ini telah memperoleh 4A dalam peperiksaan SPM 2012.
Najwa memperoleh A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik serta lulus dalam enam mata pelajaran lain.
Keputusan: 4A