Hello Everyone! Anuar Zain Dah Ada Instagram!

Amri Hassan
September 14, 2018 13:34 MYT
Penyanyi popular Anuar Zain akhirnya memutuskan untuk mencipta akaun peribadi Instagramnya setelah sekian lama.
Penyanyi yang popular dengan lagu Keabadian Cinta itu mula menggunakan aplikasi itu sejak 12 September lalu.
"Finally... My first post! Hello everyone!" tulisnya bersama sekeping foto throwback hitam putih ketika zaman kanak-kanak.
Akaun yang menggunakan nama @anuarzain70 itu sehingga kini memuatkan lima keping foto dengan jumlah pengikut 2,000 orang.
Terdahulu, anak sepupunya, Ernie Zakri sempat mempromosi akaun Instagram itu menerusi Instastory malam tadi.
Anuar sebelum ini menggunakan akaun @anuarzainnetwork untuk mempromosikan hasil kerjanya bersama peminat.
Akaun itu ditubuhkan sejak 7 September 2016 untuk tujuan promosi konsertnya ketika itu.
#Penyanyi #Anuar Zain #Instagram #Penyanyi