,
Gaya Hidup

Hello Percutian Bersama BFF, Ini Itinerari Lengkap Percutian 6 Hari 5 Malam Di Perth, Australia

Azwa Rahman
25/09/2019
08:41 MYT
Perth merupakan tempat percutian ideal untuk anda meluangkan masa bersama BFF tercinta!
Menjanjikan lokasi percutian terbaik dengan bajet terendah, makanan halal juga boleh didapati dengan mudah di sekitar pusat bandar Perth.
Jangan fikir panjang, kami berkongsi itinerari lengkap untuk anda menghabiskan masa berkualiti bersama di bandar indah, Perth.
Hello Hari Pertama!
Setibanya di hotel penginapan, anda dan teman boleh berehat sebentar, kemudiannya bertolak ke Corica Bakery untuk mencuba pastri yang paling sedap di Perth iaitu Apple Strudel!
Kenyang menjamu pastri, anda boleh terus pergi ke Yagan Square untuk beriadah dan minum petang! Yagan Square menawarkan Market Hall berbumbung yang mana terdapat pelbagai jenis gerai dan kafe yang menarik untuk dicuba.
Destinasi seterusnya, Twilight Hawkers Market! Layak digelar pasar malam, disinilah syurga bagi mereka yang mencari gerai-gerai muslim. Jangan lupa dapatkan street food Malaysia yang terkenal iaitu Murtabak dan Sate.
Sedikit tips untuk anda, pasar ini dibuka pada jam 9.30 malam setiap Jumaat sepanjang bulan Oktober hingga April sahaja.
Yes Hari kedua!
Hari yang indah untuk anda dan BFF bertolak ke BShed Fremantle untuk menaiki feri SeaLink Rottnest Island ke Rottnest Island. Feri ini beroperasi setiap hari, jadi anda boleh membuat lawatan balik hari ke pulau ini.
Di sini anda boleh menyewa basikal dan Segway untuk menerokai pulau yang indah ini secara peribadi. Jangan lupa untuk berswafoto bersama Quokka!
Tamat lawatan pulau, anda dan teman boleh kembali ke Main Settlement untuk makan tengah hari di Thomsons Rottnest yang terletak berdekatan pantai dan di hadapan Thomsons Bay.
Selesai menjelajahi Rottnest Island, ada masa untuk menyelusuri Fremantle untuk membeli-belah barangan cenderamata di Fremantle Markets.
Raikan makan malam anda dengan makanan laut segar! Anda boleh dapatkan hidangan makanan laut terbaik di Cicerello’s. Disini juga menyediakan Fish & Chips terbaik di Perth. Wajib cuba!
Wow Hari ketiga!
Rugi kalau anda dan teman tidak mencuba menu sarapan pagi enak di Fremantle iaitu Moore & Moore Cafe. Lokasinya terletak di bangunan warisan Moores, Henry Street. Kafe ini popular dengan penghasilan makanan yang segar dari sumber tempatan juga hasil kraftangan oleh penduduk Fremantle.
Tiba masanya ke Mandurah! Di sinilah tempat untuk anda menaiki cruise ‘Mandurah Cruise’ selama satu jam untuk melihat ikan lumba-lumba. Menariknya bandar Mandurah ini kerana cukup terkenal dengan laluan airnya. Restoran, kedai kraftangan dan galeri seninya dibina dikeliling air biru Mandjar Bay.
Tanpa berlengah, anda dan teman boleh terus ke Busselton yang mengambil masa selama 1 jam 45 perjalanan. Ia terletak di hujung utara daerah Margaret River.
Tarikan utama di sini adalah Busselton Jetty. Jeti ini dibina untuk menjadikan tempat hidupan laut ‘berteduh’ dan kita sendiri boleh melihat bagaiamana pelbagai hidupan laut membiak disini melalui tinjauan bawah laut (Underwater Observatory).
Jeti ini dibina sepanjang dua kilometer atas perairan yang dilindungi Geographe Bay. Busselton Jetty ini juga disenaraikan sebagai jeti yang paling panjang di hemisfera selatan.
Selepas menikmati pemandangan laut, tiba masanya ke pemandangan yang lebih kehijauan di Margaret River. Keadaan sekitar bandar ini sebenarnya serba santai kerana penduduk seperti mengamalkan prinsip chill di waktu siang dan ‘hidup’ di waktu malam!
Wajib singgah ke Arc of Iris, sebuah restoran yang paling tua di Margaret River untuk menikmati makan malam. Anda boleh bermalam selama satu malam di bandar ini untuk berehat sebelum neneruskan perjalanan hari keempat.
Let’s Go Hari Keempat!
Mulakan pagi anda seawal jam 8 pagi di Margaret River untuk bersarapan di Sidekick Cafe yang menawarkan pelbagai jenis roti dan kopi yang dibuat sendiri.
Hari yang indah ini sesuai untuk anda dan teman menjelajahi Amaze’n, untuk menerokai Maze yang terbesar di Perth dan juga pelbagai aktiviti dan permainan lain seperti mini golf, giant chess dan lain-lain. Tidak dilupakan, jamah Scones yang dibakar segar setiap hari.
Destinasi seterusnya adalah Wonky Windmill Farm & Eco Park. Tempat yang cukup serasi untuk bermesra dengan hidupan alam, ladang 130 ekar ini dipenuhi dengan binatang ternakan seperti Llama, kambing biri-biri, ayam dan sebagainya. Ambil peluang ini untuk memberi makanan kepada binatang-binatang ternakan ini.
Di Wonky Windmill ini juga terdapat ladang buah-buahan seperti epal dan oren, jika anda bertuah anda boleh memetik sendiri buah-buahan segar ini apabila tiba musimnya.
Tiba masa untuk melihat rumah api di Cape Naturaliste Lighthouse. Terletak berdekatan dengan Bunker Bay, rumah api ini dibina setinggi 123 Meter atas laut namun ia antara rumah api yang mudah dipanjat.
Pelawat boleh menaiki rumah api dan menikmati pemandangan lautan Hindi dari atas.
Hai Hari Kelima!
Selepas bersarapan di Margaret River Bakery, kami terus mendaftar keluar hotel dan bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Candy Cow. Disini terdapat pelbagai jenis coklat dan gula-gula yang boleh dibeli sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.
Margaret River sememangnya terkenal dengan coklat. Jadi destinasi ole-ole seterusnya yang patut anda lawat adalah Margaret River Chocolate Company. Kilang coklat di daerah Margaret River ini telah dibina pada tahun 1999 dan anda sendiri boleh merasanya secara percuma!
Tidak lengkap lawatan ke Margaret River tanpa berkunjung ke Kilang pembuatan produk penjagaan kulit organik yang berasaskan minyak zaitun iaitu Vasse Virgin. Sabun buku yang diproses melalui teknik cold press ini hanya dibuat berasaskan minyak zaitun yang asli dan bahan-bahan organik yang berkualiti.
Di sini juga kami berpeluang membuat sendiri salap bibir yang diperbuat daripada lilin lebah dan madu. Sebelum ke lokasi seterusnya kami singgah di Clancy’s Fish Pub Dunsborough untuk makan tengah hari. Apa yang menariknya di sini, mereka menyediakan hidangan Nasi Goreng Seafood!
Oh No, Hari Keenam
Hari terakhir kami di Perth, aktiviti pertama adalah kami memandu sendiri ke Swan Valley. Disinilah terletaknya Caversham Wildlife Park, House of Honey dan pelbagai lagi tarikan.
Bermula di Caversham Wildlife Park, cubalah berswafoto bersama Koala, memberi makan kepada Kangaroo dan bergambar bersama Wombats!
Seterusnya kami ke Swan Valley Café untuk makan tengahari dan terus ke House of Honey untuk membeli madu untuk dibawa pulang. Madu Australia sememangnya asli dan harganya sangat berpatutan.
Seterusnya anda boleh bergerak ke Morish Nuts. Morish Nuts menyediakan kekacang yang dihasilkan menggunakan kacang-kacang berkualti juga dari resipi turun temurun, hadir dengan manisan dan savuri. Turut sesuai dijadikan ole-ole.
Kembali ke bandar Perth, tak lengkap pusing Perth kalau tak singgah ke Elizabeth Quay. Disini terletaknya Swan River yang paling ikonik di Perth. Tempat yang cukup ideal untuk beriadah dan bergambar.
Sebelum menjelang malam, anda patut ke Hay Street untuk membeli belah dan singgah di Karache Cafe untuk makan malam dengan hidangan Melayu!
Selain restoran yang dinyatakan di dalam itinerari, anda boleh singgah di restoran-restoran menarik di Perth untuk makanan halal.
1. ELIE’S TENT - Victoria Park (11am-9pm)
Nikmati makanan Lubnan sambil terhibur dengan tarian ‘belly dancing’ oleh gadis lokal.
2. D’ANGKASA RESTAURANT - Hay Street (11.30am-4.30pm)
Sesuai untuk mereka yang ‘bertekak’ melayu, restoran ini menghidangkan pelbagai jenis lauk-pauk melayu asli. Goreng-goreng juga tersedia.
3. CHARCOAL CHICKEN EXPRESS CAFÉ DIANELLA - Centro Dianella
Menyediakan Lamb Rack dengan harga yang berpatutan, hidangannya boleh dikongsi kerana bersaiz besar.
4. THE LOBSTER SHACK - Catalonia Street (8am-5pm)
Restoran The Lobster Shack ini wajib singgah buat penggemar makanan laut. Ia menghidangkan menu seperti Lobster, Fish & Chips, ikan grill dan burger seafood.
Lengkap itinerari untuk percutian anda bersama teman baik ke Perth, tunggu apa lagi? AirAsia terbang setiap hari ke Perth dengan harga yang cukup menarik!
Tempah sekarang sehingga 27 Oktober ini daripada RM429 di airasia.com
Melanconglah dari sekarang sehingga 8 September 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Gaya Hidup

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Pergi Mana? In 5 Lokasi Menarik Yang Boleh Dilawati Di Kuala Lumpur!

gempak
30/05/2024
18:55 MYT
Cuti sekolah sememangnya waktu yang paling dinantikan sama ada dalam kalangan pelajar mahupun ibu bapa.
Advertorial

Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya

gempak
28/04/2024
08:55 MYT
Bestnya Melbourne!
Advertorial

Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk

gempak
27/04/2024
13:39 MYT
Bestnya!
Hiburan

Jadi Perhatian Berpelukan Lepas Balik Umrah, BFF Ruhainies Mohon Maaf

gempak
22/04/2024
03:55 MYT
Kawan baik lelaki Ruhainies mohon maaf.
Unitar