Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Henry Golding & Isteri Sambut Kelahiran Anak Sulung

Azwa Rahman
06/04/2021 04:14 MYT
Aktor kelahiran Malaysia Henry Golding dan isteri Liv Lo Golding menyambut kelahiran anak sulung mereka pada 31 Mac yang lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, Henry berkongsi foto kelahiran bayi mereka beserta ucapan penghargaan buat isterinya untuk tatapan umum.

This women right here. Beyond anything I could have imagined. Your strength brought us our greatest joy. Thank you, I love you,” tulis Henry di ruangan kapsyen.

Malah, perkongsian itu tidak dinyatakan sekali dengan nama dan jantina bayi mereka.

Memetik laporan US Weekly pada Februari lalu, Henry dan isterinya masih belum mahu mendedahkan jantina dan nama anak yang baru dilahirkan.

“Kami sudah tahu jantina cuma tidak mahu mendedahkannya lagi. Nama bayi pun sedang cari tetapi kami merasakan, biarkan bayi ini mendengarkan namanya terlebih dahulu. Jadi kami tahan dulu daripada berkongsi perkara ini,” ujar Henry.

Sekadar info, Henry dan Liv yang merupakan selebriti dari Taiwan berkahwin pada tahun 2016 selepas enam tahun bercinta.

#Henry Golding #Selebriti antarabangsa #Liv Lo Golding
;