Henry Golding Umum Kabar Gembira, Isteri Hamil Anak Pertama

Asraf Aided
November 6, 2020 10:20 MYT
Aktor popular Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding mengumumkan kabar gembira tentang kehamilan isterinya, Liv Lo.
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
Dalam perkongsian itu, Henry berkongsi foto bersama isterinya yang menampakkan 'baby bump'.
"2021 sudah kelihatan lebih cerah," tulisnya ringks sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Henry tumpang gembira dan mengucapkan tahniah atas perkabaran tersebut.
Antara yang turut meninggalkan komen adalah Yuna, Ally Mukhriz dan pereka fesyen Datuk Tom Abang Saufi.
Terdahulu, Henry telah mendirikan rumah tangga bersama Liv Lo yang juga seorang pengacara di stesen televisyen Taiwan pada tahun 2016 di negeri kelahirannya, Sarawak.
#Henry Golding #Isteri Hamil