Hiburan

“Hensemnya Peguam Sis…” – Peguam Rita Rudaini Jadi Bualan Netizen

gempak
Fiza Kamarudin
23/10/2019
08:43 MYT
Sponsor Banner
“Hensemnya Peguam Sis…” – Peguam Rita Rudaini Jadi Bualan Netizen
Foto Rita Rudaini dan peguamnya Mohd Syakirin Syazwan yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG) pelakon tersebut menjadi bualan netizen.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji wajah tampan peguam Rita sehingga ‘hilang fokus’ tentang isu yang dikongsikan.
Foto tersebut dimuat naik Rita selepas membuat laporan polis susulan komen netizen itu yang mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya yang disifatkan sangat melampau.
Menerusi ruangan kapsyen juga, Rita menulis pesanan supaya memberi fokus kepada kertas yang dipegang di tangan bukan kepada peguamnya, Syakirin.
“Jangan fokus kat lawyer @syakirinsyazwan, tapi tolong fokus kat kertas yang dipegang tu ek…” guraunya.
Bagaimanapun rata-rata netizen yang membalas di ruangan komen berkata, ketampanan wajah peguam Rita menyebabkan mereka ‘lari’ dari isu sebenar.
Terdahulu, Rita memberitahu kepada media dia mengikut jejak pelakon Jasmin Hamid yang membuat laporan terhadap seorang individu yang menghina anaknya.
Rita telah membuat laporan terhadap seorang individu menggunakan akaun Instagram @ahmadsan81 yang menghina dan memfitnah taraf anaknya.
Individu tersebut diberikan tempoh selama 14 hari untuk tampil membuat permohonan maaf dan jika gagal berbuat demikian tindakan undang-undang akan diambil.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live