Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Hentikan Memperlekeh & Menghina" - Erma Fatima Luah Rasa Syukur Dengan Penangkapan Najib

Amri Hassan
04/07/2018 12:45 MYT

Pelakon dan pengarah, Erma Fatima telah melahirkan rasa syukurnya dengan penangkapan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Menurut Erma di ruangan kapsyen Instagramnya malam tadi, penangkapan tersebut dapat mengurangkan dosa masyarakat yang sering mengkritik bekas Perdana Menteri itu selama ini.

Airmata aku menitis tak pasal-pasal mlm ni. SEBAK kerana sekian lama aku menunggu saat ini. KERANA jiwa aku makin sakit melihat BANGSA aku berbalah antara satu sama lain..mungkin kalian boleh mengatakan aku BIADAB kerana seolah berharap pd penangkapan ini. Silakan! Aku BERHARAP penangkapan ini akn mengurangkan dosa kita semua. Dosa kita yg selama ini hidup di dalam teka teki...spekulasi demi spekulasi sendiri.. hari ini kita tdk perlu lagi berteka teki. Sejahat mana pun beliau...tercatat d dlm sejarah beliau lh yg pernah memimpin negara kita satu ketika dulu. Kita tk mampu memadam sejarah. Walaupun perit utk d lalui oleh keluarga DSN dan penyokong BN namun aku berharap disinilah berakhirnya segala fitnah memfitnah..tuduh menuduh..hina menghina...maki bermaki...dendam berdendam..dan segala macam mak nenek spekulasi kita kpd beliau. Saat ini akan menjadi saat bersejarah buat negara kita...saat yg bakal membuka mata seluruh rakyat dan pemimpin negara yg lain tanpa mengira parti politik..Aku hanya mampu berdoa agar Allah tunjukanlah KEBENARAN kpd kami semua.....KEBENARAN YG ADIL DAN SAKSAMA...KEBENARAN yg bakal MEMBUKA MATA RAKYAT! KEBENARAN itulah dariMU Ya Allah. Sy mohon kpd sahabat2 semua...Hentikanlah memperlekeh dan menghina beliau. Itu bukan budaya kita...biarkan undang2 menentukan segalanya. Sy percaya atas izin Allah PENANGKAPAN ini akan MEMBUKA SEGALA KEBENARANNYA...sy berkata kata bukan atas nama Barisan Nasional , UMNO, Pakatan Pas atau parti apa pun. Sy berkata-kata sebagai seorang MANUSIA kepada MANUSIA lain. Ampun dan Maaf dari sy wahai BANGSA ku yg ku kasihi... BILA KAU ADA SAHABAT YG MELAKUKAN KHILAF.. MAKA GENGGAMLAH TANGANNYA ERAT2 DAN TEGURLAH SEGALA KEKHILAFANNYA... ALLAH TELAH MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN BUAT SESEORANG YG BERKASIH SAYANG SESAMA SAUDARA KERANA-NYA.

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

"Mungkin kalian boleh mengatakan aku biadap kerana seolah-olah berharap pada penangkapan ini. Silakan! Aku berharap penangkapan ini akan mengurangkan dosa kita semua" tulis Erma.

Erma juga menyatakan bahawa peristiwa penangkapan tersebut dapat memberi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin lain serta seluruh rakyat Malaysia.

"Saya memohon maaf kepada sahabat-sahabat semua, hentikanlah memperlekeh dan menghina beliau, itu bukan budaya kita, biar undang-undang yang menentukannya," tambah Erma.

Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Erma Fatima
#Erma Fatima
;