Laman Utama

Henyak Emosi Kalian Lepas Raya Nanti, Pamungkas Kembali Beraksi Di Kuala Lumpur! Tiket Serendah ...

Amri Hassan
05/04/2023
13:30 MYT
Dalam pertemuannya bersama para peminat di Kuala Lumpur pada September tahun lalu, Pamungkas ada meninggalkan kata-kata terkesan di hati para peminatnya.
Jejaka berusia 30 tahun dengan suara seksi dan bakat yang mengagumkan ini menyatakan bahawa semua orang mempunyai mimpi tersendiri. Dengan usaha, angan-angan serta mimpi itu boleh berubah menjadi realiti.
Mungkin berkat doa dan pengumpulan doa angan-angan peminat setianya di Kuala Lumpur, Pamungkas hadir lagi menjadikan rindu mereka sebuah leraian realiti. Tetapi kali ini lebih hebat dan luar biasa pukulannya, kerana lelaki kelahiran Jakarta ini akan bertemu sata dengan peminatnya di sebuah lokasi kegemaran ramai- Zepp Kuala Lumpur.

Nusa Fest Presents Pamungkas!

Shiraz Projects dengan bangganya membawakan Pamungkas kali ini di Kuala Lumpur dalam sebuah konsert dengan judul NUSA FEST PRESENTS PAMUNGKAS pada 4 Mei 2023, Khamis, pukul 8.30 malam.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, menariknya Pamungkas kali ini muncul sebagai artis pertama dalam siri NUSA FEST, sebuah festival yang turut akan berlangsung tahun ini dan akan menghimpunkan pelbagai artis dari tiga buah negara.
"Melihatkan sambutan yang diberikan kepada Pamungkas tahun lalu, pihak Shiraz Projects dengan bangganya membawa vokalis ini bersama band-nya ke sebuah lokasi yang lebih “intimate” dan menjadi idaman setiap pemuzik.
"Saya percaya bahawa lokasi tersebut akan memberikan sebuah persembahan yang kaya dengan bunyi-bunyian yang padat dan visual menarik yang akan menambahkan galau para peminat menghayati setiap bait lirik dan melodi hasil kreativiti dan kepintaran Pamungkas sebagai pemuzik," ujarnya.

Pamungkas buka siri Nusa Fest

Melihatkan kejayaan Birdy South East Asia Tour yang merangkaikan 12 lokasi persembahan Pamungkas antaranya Filipina, Thailand, Malaysia, Singapura dan berakhir pada 25 Februari lalu di Jakarta, Pamungkas dipilih sebagai pembuka pula untuk siri NUSA FEST kelolaan Shiraz Projects.
Pastinya lagu-lagu Pamungkas seperti To The Bone, I Love You but I’m Letting Go, Kenangan Manis, Sorry dan One Only akan dinyanyikan bersama-sama di Zepp Kuala Lumpur kelak dengan sepenuh hati atau pecahan jiwa bagi peminat yang sudah mengunyah lumat setiap bait-bait lirik dan melodi Pamungkas yang sering membikin kacau perasaan mereka.
Manakan tidak, Lagu To The Bone milik Pamungkas diangkat sebagai lagu paling banyak didengari di Spotify dan memecah rekod pada tahun 2021. Lagu tersebut juga menduduki tangga paling lama Lagu Indonesia Top 50.
Dari data yang pernah dikongsi oleh Pamungkas di media sosial Instagramnya, @pamunqkas, karyanya di Spotify didengarkan di 176 negara di dunia. Sebelumnya, Pamungkas juga menjadi pemuzik dengan lagu paling banyak didengarkan di tahun 2020.

Tiket dah mula dijual!

Jadi untuk menghenyak emosi dan perasaan kalian tahun ini, jangan lupa dapatkan tiket NUSA FEST PRESENTS PAMUNGKAS dengan harga, RM500 (Meet & Greet), RM200 (Diamond), RM150 (Platinum), RM200 (Gold) dan RM150 (Silver). Tiket akan mula dijual pada 17 Mac 2023, pukul 2 petang.
Untuk sebarang keterangan lanjut,sila layari www.myticket.asia untuk tempahan tiket. Bagi informasi atau update terkini, layari laman sosial Shiraz Projects.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Viral

Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

gempak
24/07/2024
00:55 MYT
Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.