Penganjuran pertama kali Heritage Art & Culture Festival menjangkakan kehadiran lebih 50,000 pengunjung sesuai dengan objektif memartabatkan seni, budaya dan aktiviti riadah di Melaka.

Bakal berlangsung di Dataran Pahlawan bermula esok dan Ahad, festival anjuran bersama Strange Film Sdn. Bhd dan Capella Entertainment itu turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 15 artis antaranya Fyna Jebat, Sabhi Saddi, Zarina Zainuddin dan Asmidar.

Ketua Pengawai Eksekutif Strange Film, Nur Syamimi Sofia Harun berkata, antara program yang dijangka menarik kunjungan ramai adalah Melaka Fun Run Fiesta dan jualan rakan-rakan artis yang terlibat.

“Pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk bertemu selebriti yang hadir serta membeli jualan yang ada sepanjang program berlangsung. Malah, kita juga ada membuka gerai kraftangan dan pameran kerajaan.

“Dalam perancangan, majlis perasmian dan penutup akan dihadiri Datuk Shadan Othman. Dengan pelbagai aktiviti yang disediakan, kami menjangkakan kehadiran sekurang-kurangnya 50,000 pengunjung.

“Kami berharap objektif utama untuk memartabat budaya tempatan dan dalam pada masa sama, meningkatkan ekonomi peniaga yang terlibat dapat tercapai dengan penganjuran Heritage Art & Culture Festival,”ujarnya.

A post shared by Asmidar (@asmidarisme)


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Muhammad Azwan Kamaruddin pula berkata, pengunjung dalam kalangan kanak-kanak juga berpeluang untuk menyertai pertandingan Ratu Kebaya Kanak-kanak dan pelbagai aktiviti lain.

“Selain itu, ada aktiviti seperti Zumba dan Tari Warisan, Pertandingan Mewarna Kanak Kanak, Pertandingan Tarian Tradisional, Pertandingan Kebaya Nyonya dan banyak lagi. Kita membuka ruang untuk pengunjung berseronok dan beriadah.

“Dalam pada masa sama, ada 50 gerai jualan yang tersedia termasuk rakan selebriti yang hadir. Jadi ayuh beramai-ramai hadir dan memeriahkan program ini selama dua hari,”ujarnya.