Setiap kali ada musibah atau dugaan dihadapi orang ramai, pasti individu pertama pantas menghulurkan bantuan adalah Ustaz Ebit Lew.

Terbaru, gara-gara masalah kekurangan peranti gajet dan komputer untuk pembelajaran atas talian, Ustaz Ebit Lew pantas menyelesaikan masalah dengan menyumbang sebahagian tablet.

Perkara itu diumumkan Ebit Lew menerusi satu posting di Instagramnya.

“Pohon doakan yer. Baru beli 100 biji Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan.

“Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.

Sementara menerusi ruang komen, kebanyakan orang ramai menyambut baik inisiatif Ebit Lew yang sangat diperlukan pada situasi sekarang.

Menurut sebahagian daripada mereka, tablet itu sedikit sebanyak meringankan bebanan ibu bapa untuk membeli kelengkapan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

BACA: Nak Cakap Sikit: Komputer Riba & Handphone Tak Cukup…Macam Mana? Ada 3 Orang Anak Nak Mulakan Kelas PdPR Hari Ini!

Malah, sumbangan itu pastinya satu rahmat buat murid dan pelajar yang kurang berkemampuan.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)