Hiburan
“Hero-Hero Malaya Paling Hensem” - Tiga Jejaka ‘S’ Dalam Satu Gambar Di Korea
Aktor terkenal Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle dan Syukri Yahaya mencuri perhatian umum apabila bergambar bersama ketika sedang bercuti di Korea.
Menerusi laman sosial Instagram, Sharnaaz berkongsi gambar hero-hero kacak dengan pangkal huruf S untuk tatapan wargamaya.
“The 3 rascals says hello in Korea,” tulis Sharnaaz menerusi ruangan kapsyen.
Bukan sahaja kerana ketiga-tiga jejaka ‘S’ ini mempunyai wajah yang tampan, namun bakat besar mereka dalam bidang lakonan turut menjadi kesukaan ramai.
Difahamkan, Sharnaaz, Syafiq dan Syukri kini sedang berada di Korea untuk aktiviti berbasikal di satu kawasan percutian terbaru di Gongwon.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi teruja terhadap hero-hero pujaan mereka.
“Wah, kelab ganteng Malaysia berkumpul di Korea,” komen seorang netizen.
“Tiga-tiga pelakon hebat! Boleh bawa watak dan lakonan yang mantap,” puji seorang netizen.
“Wow, tiga jejaka hebat sedang mencari arah,” kata seorang netizen.
“SA, SK, SY, tiga-tiga hero kegemaran,” ujar seorang netizen lagi.
Selain tiga aktor ini, dua pelakon filem Paskal, Hafizul Kamal dan Theeban Govindasamy turut sama berada di Korea.