Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hetty Komen Nyanyian Kisah Hati Nana Lebih Bagus Daripada Alyah, Netizen Tak Setuju! - "Tak Perlu Downgrade"

Amri Hassan
11/12/2023 02:50 MYT
"Merinding bulu roma saya," demikian antara komen yang diucapkan juri tetap All Stars Gegar Vaganza, Hetty Koes Endang terhadap nyanyian lagu Kisah Hati oleh Siti Nordiana.

Tambah Hetty dalam nada bergurau, Nana juga menyanyikan lagu tersebut lebih baik daripada penyanyi asalnya, Datin Alyah.

"Menurut Bunda, lebih bagus Nana nyanyi daripada Alyah.

"Lebih baik sikit sahaja, jangan marah ye Tok Ram," usik Hetty sambil tertawa ketika memberikan komen terhadap Nana.

Hetty juga menyifatkan nyanyian Nana ada peningkatan dan bagus daripada segi vokal.

Meninjau di media sosial, beberapa pengguna menyifatkan komen terbabit tidak seharusnya diberikan dan dibandingkan dengan penyanyi asal.

"Tak perlu nak downgrade penyanyi asal sampai macam tu. Agak-agaklah lagi better," tulis seorang pengguna yang status Instagram Storiesnya itu diulangsiar oleh Alyah.



Tambah individu lain di platform X; "Tak perlulah sampai cakap lagi better dari penyanyi asal lagu tu. Datin Alyah tu suara dia sedap betul, sebutir-sebutir diction dia. Sometimes kena jaga hati orang juga even aku suka Nana but the best deliver Kisah Hati was Datin Alyah."



Bagaimanapun, Nana harus berpuas hati apabila beroleh markah terendah ketika diumumkan selepas tamat acara.

All Stars Gegar Vaganza menyaksikan juara GV9, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai pemenang utama yang memenangi hadiah wang tunai RM200,000 dan trofi emas GV.

Pakej Percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts dan Baucer Dekorasi Ruangan sumbangan Ritz Reka.

Dalam pada itu, terdapat anugerah tambahan iaitu Anugerah Pilihan Boss Susu diberikan kepada Naqiu dan pemenang membawa wang tunai berjumlah RM10,000 tajaan Farm Fresh.

Kesemua finalis akan membawa pulang wang tunai RM10,000, pekej percutian tajaan Kaki Jalan dan trofi Gegar Vaganza.

Kesemua peserta perlu menyelesaikan tiga tugasan iaitu nyanyian solo, duet bersama artis undangan dan juga pusingan battle antara mereka.

Setiap persembahan dinilai oleh juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat manakala juri jemputan pula adalah ratu rock negara, Ella.

Konsert akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama Jihan Muse.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: The Best Of The Best! Juara Milik Jaclyn Victor, Bawa Pulang RM200,000

Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

#Viral #Siti Nordiana #Alyah #Ramli MS #Hetty Koes Endang #Komen #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #Downgrade #HKE #Kisah Hati