Penyanyi Hetty Sarlene selamat melahirkan bayi sulungnya di sebuah pusat perubatan di Singapura semalam.

Berita gembira itu dikongsikan Hetty atau nama sebenarnya, Hetty Sarlene Abdul Hamid, 37, menerusi satu hantaran di Instagram.

"28/01/21 - 3.25 petang. Bayi lelaki kami lahir ke dunia ini dengan berat 3.2 kilogram.

"Kami ingin memperkenalkan kepada anda, anak lelaki kacak kami, Landon Alexander Oakes," tulisnya.

Dalam hantaran itu, Hetty turut berkongsi gambar wajah bayinya itu.

A post shared by HETTY SARLENE OAKES (@hettysarlene_oakes)


Katanya, segala kesakitan yang dialami sepanjang mengandungkan bayinya itu hilang selepas melihat kehadiran bayinya itu.

"Semua kesakitan, malam tak cukup tidur, hampir 16 jam dalam dewan bersalin, 2 ke 3 minit kontraksi yang kuat, teran dan rasa loya cukup berbaloi!" katanya.

Hetty mendirikan rumah tangga dengan lelaki kelahiran London, Daniel Oakes atau Dani Aaqil pada 23 Julai 2016.