Hetty Sarlene Umum Jantina Bayi Sulung

Syafiqah Jalal
Ogos 24, 2020 01:08 MYT
Penyanyi dan pelakon Hetty Sarlene akhirnya mengumumkan dia dan suami Daniel Oakes bakal menimang cahaya mata lelaki.
Hetty mendedahkan jantina bayi sulungnya itu dalam ‘reveal gender party’ yang diadakan semalam.
“It’s a boy! (Bayi kami seorang lelaki),” katanya.
Hetty yang juga bintang Gegar Vaganza musim kelima itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
BACA: Sambut Anniversary Ke-4, Hetty Sarlene Umum Hamil Anak Pertama
Menerusi entri tersebut, Hetty memuat naik foto dan video sepanjang parti tersebut.
Ketika majlis tersebut, suaminya memecahkan belon untuk mendedahkan jantina bayi mereka.
Hetty dijangka akan melahirkan puteranya itu pada Januari tahun hadapan.
Hetty mendirikan rumah tangga dengan Daniel atau nama Islamnya Dani Aaqil yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
#Hamil #Baby #Hamil #Hetty Sarlene #Jantina