"Hey Little King, We Are Ready For You" - Baby Shower Noor Nabila Bertema Kelasi

Amri Hassan
Ogos 13, 2018 05:00 MYT
Pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Malah, pada Sabtu lalu telah berlangsung majlis baby shower bertemakan kelasi yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat pasangan itu.
"Hey little king, we are ready for you!" tulis Nabila di Instagramnya.
Selain menerima ucapan tahniah, peminat pasangan itu sudah tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.
Apa kata kita lihat momen-momen indah sempena majlis baby shower Noor Nabila baru-baru ini.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @noornabila
#Sharnaaz Ahmad #Noor Nabila #Baby Shower