Hiburan
“Hi Kak, Tak Dapat Sertai Uji Bakat PGL Tahun Ini” – Tiara Jacquelina Kongsi WhatsApp Akhir Ashraf Sinclair
Pelakon dan pengarah terkenal, Puan Seri Tiara Jacquelina akui terkejut dengan berita pemergian aktor Ashraf Sinclair hari ini.
Menerusi akaun Instagramnya, Tiara meluahkan rasa sedih dan mengimbas kembali perbualan terakhirnya bersama Ashraf di aplikasi ‘WhatsApp’ bertarikh 2 Desember 2019.
Menurut Tiara, arwah merupakan antara pelakon yang memiliki kelakuan baik, sopan dan sangat merendah diri.
“Ashraf adalah antara salah seorang pemuda paling baik yang saya pernah jumpa. Sentiasa sopan dan rendah diri. Dia juga terkenal dengan etika kerja yang profesional.
“Menerusi salah satu daripada mesej ‘WhatsApp’ terakhir kami, kami telah berbincang dengan antara satu sama lain mengenai sesi uji bakat #PGLmusical untuknya. Memang tak ada rezeki.
“Ashraf yang disayangi… Kami telah kehilangan satu lagi pelakon berbakat dalam industri perfileman. Mereka yang mengenali dan menyanyanginya juga telah kehilangan seorang sahabat.
“Salam takziah buat keluarga @bclsinclair @aishahjennifer. Al-Fatihah,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi mesej perbualan tersebut Ashraf memaklumkan tidak dapat menyertai pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL2020) kerana jadualnya yang padat.
“Hi kak, saya telah cuba beberapa kali dan dengan hati yang kesal saya ingin memaklumkan belum bersedia untuk menyampaikan lagu tersebut. Buat masa ini dengan rating senetron yang semakin kukuh, berkemungkinan ia akan dilanjutkan lagi sehingga 6 ke 8 lapan bulan.
“Jadi saya tidak dapat sertai uji bakat PGL tahun ini. Saya benar-benar rasa berbesar hati kerana diberi peluang untuk cuba menjadi sebahagian daripada produksi. Saya harap mungkin ada rezeki saya dilain hari,” tulisnya.
Terdahulu, Ashraf Sinclair yang juga suami kepada aktres popular Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan).
Must-Watch Video