"Hi Saya Ada Sini, Kadang-Kadang Malas Nak Balas 'Post' Banggang Macam Ni" - Wardina Safiyyah
Elrafaei Sapi
01/10/2018
|
11:53 MYT
Selebriti popular, Wardina Safiyyah menyelar komen netizen yang mengkritik Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sehingga dituduh menipu pengundi.
Merujuk pada satu status yang dimuatkan selebriti itu menerusi Instagramnya, @wardinasafiyyahofficial menyatakan pandangannya untuk mempertahankan pemimpin itu.
"Saya lebih kenal beliau dari anda yang taksub dan gemar membaca cerita dari Internet yang ditulis oleh mereka yang memang sengaja mahu menimbulkan persepsi bukan-bukan.
"Dan buat semua yang menggelar Dr Maszlee munafik atau saya munafik... moga sempat memohon maaf. Beratnya tuduhan anda," katanya.
Tegasnya, sebagai seorang muslim, dia menunaikan semua tanggungjawab agama sebaiknya.
"Apa pun yang Dr Maszlee lakukan segalanya tidak akan baik dimata anda, walaupun hakikatnya dia bersungguh-sungguh cuba yang terbaik.
"Dr Maszlee bukanlah orang yang tidak mendengar kata anda atau rakyat. 'I trust his decision and if you don't? Well too bad, deal with it'," katanya.
Wardina percaya ada hikmah di sebalik kejatuhan kerajaan terdahulu.
"Deal with it. Respect that for that is democracy. Now stop whining. Do something better with your lives like actually try and engage in respecful dialogues. Tak main la maki2 ni dan up status macam budak2 macam ni," katanya.
Wardina juga menyatakan Dr Maszlee akan berusaha memberikan yang terbaik kepada masyarakat.
"Kalau puas hati post benda2 banggang macam ni teruskanlah dik. Asalkan gembira. Ok done meroyan. Vote Dr Maszleeee!!! Dr Maszlee forever!!! Haha," katanya.