"Hi Uols, Rindu Sajat Tak" - Muncul Semula Di IG, Ada Yang Dakwa Nur Sajat Baru Keluar Penjara?
Amri Hassan
12/03/2021 02:55 MYT
12/03/2021 02:55 MYT
Selepas dua minggu menghilangkan diri dari media sosial, usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat membuat kemunculan semula di Instagramnya pada pagi Jumaat.
Menerusi tiga posting serentak untuk mempromosikan produk penjagaan wajah, Sajat turut mengalu-alukan kemunculan semulanya.
"Hai semuanya, good morning uols. Rindu Sajat tak?
"Okey nak bagitahu ni, ramai yang tanya Sajat macam mana jaga kulit muka, of course I pakai skincare jangan mengata gitew," tulisnya pada kapsyen entri terbabit.
Bagaimanapun, kemunculan semula Sajat mencetuskan tanya tanya ramai hingga ada yang mendakwa penyanyi lagu Bobo Di Mana itu baru keluar penjara.
"Tacod lah baru keluar penjara," tulis seorang pengguna.
"Ini bukan Sajat ni, ini mesti orang lagin. Untuk pengetahuan semua IG Sajat diambil alih oleh kawan dia, IG baru dia yang lain," tambah pengguna lain pula.
Bagaimanapun, ruang komen itu hanya sempat dibiarkan dalam tempoh kurang seminit sebelum ditutup.
Kali terakhir Sajat mengemaskini akaun Instagramnya sekitar dua minggu lepas pada 28 Februari 2021.
Terdahulu Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman diburu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas dikenakan waran tangkap tanpa jaminan kerana gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya, beberapa minggu lalu.
Sejak itu, dia gagal dihubungi bagi mendapatkan komen berhubung pelbagai kontroversi yang terpalit atas dirinya.
Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan pengakuan usahawan itu seolah-oleh berniat menukar agama.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikh video itu dimuat naik sama ada ia video baharu atau lama.
Video berdurasi 1 minit 48 saat tular di media sosial memaparkan luahannya yang seakan-akan mahu menukar agama selepas mendakwa kecewa dengan orang di sekeliling termasuk dengan apa yang berlaku kepadanya.
Ia terus mencetuskan kontroversi sehingga beberapa mufti dan pendakwah memberikan pandangan mereka terhadap perkara ini.
Kontroversi itu melenyapkan seketika Sajat dari media sosial.