Untuk menghiburkan hati isteri yang dapat cuti Aidilfitri, pelawak Mamat mempunyai cara tersendiri demi melihat isteri tersenyum.

Mamat berkata, tahun ini sekali lagi isterinya Nordiana Ibrahim dibekukan kerana pandemik Covid-19.

“Tak mengapalah, dia berkhidmat untuk bangsa dan negara…Dia pun tak merungut, saya yang nak happykan dia.

“Itu yang saya ajak dia rakam lagu raya. Bukan lagu baru pun. Sajalah, sekurang-kurangnya isteri senyum, suara saya ke laut tak apa.

“Jangan lupa dengarkan kami cover balik lagu Suasana Hari Raya. Sekurang-kurangnya ceria sikit raya korang tahun ni,” katanya ketawa.

Bercakap mengenai persiapan raya pada tahun ini, Mamat dan isteri memilih untuk menyambutnya secara sederhana sahaja.

“Saya dan isteri di Shah Alam sahaja. Lagi pun dia tidak bercuti dan kita pun tak boleh merentas negeri nak balik kampung.

“Jangan tanya rindu atau tak rindu kampung halaman…sensitif! Hahaha!”,” ujar Mamat.


Dalam pada itu Mamat mengucapkan terima kasih kepada para peminat dan pengikut di laman sosial yang sentiasa menyokong setiap perkara yang dilakukan.

“Alhamdulillah, ramai juga yang beri sambutan kepada bisnes kecil-kecilan saya. Tart nenas dan minyak wangi…Terima kasih.

“Di kesempatan ini saya dan isteri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warganegara khususnya umat Islam di negara ini.

“Andai ada kata-kata saya yang mengguris hati, ampunkanlah ya. Kadang-kadang tak sedar khilaf sendiri.

“Patuh pada SOP, jaga penjarakan fizikal…Kesianlah pada frontliners dan saya juga tak dapat beraya dengan bini…Dah dua tahun dah ni,” seloronya lagi.